Jumaat, 28 Mei 2010

TAMAN NEGARA

21 April,tanpa diduga,aku telah diajak oleh seorang kawan dari Singapura utk ke Taman Negara bagi menjalankan negotiations bagi event yg bakal dia buat Jun nanti di Taman Negara Pahang.Memang aku tak pernah rasa nak pegi sana pun,memandangkan peluang dah ada depan mata,aku setuju jer.Seawal jam 9 pagi kami dah gerak menuju ke destinasi.

Perjalanan dari KL mengambil masa selama 3 jam.Sebaik tiba jer,mata aku terpukau dgn panorama sekeliling,terus aku pukul gambar nih....

Air sungai agak cetek,memandangkan time tuh tgh musin panas.

Sementara menanti kawan aku habiskan urusan kerjanya,sempatlah aku ronda2 kawasan.

Cantik kan view nih,terpegun sambil makan lunch,masak lemak ikan patin.

Kerja - kerja mendalamkan sungai,memandangkan sungai tgh kering senanglah sikit nak buat kerja kan????

Selesai lunch,dan selesailah jugak kerja kawan aku tuh,kami menyeberangi sungai ke pondok informasi Jabatan Perhutanan Pahang.

Dah terlalu lama tak naik bot mcm nih,teruja rasanya,last naik boat tahun 2000,time aku practical kat Rebak Marina Resort.

Dah alang2 atas bot,aku suruh la kawan aku tu petikkan gambar nih.

Dan jugak gambar nih...tak sempat nak cover perut!!!

Cuaca tersangat la panas,tak tahan pakcik tahan dahaga.

Kita pekena ice cream dulu.....yum...yum....

Almost 3 hours kami spent time kat sini,dah tiba masanya utk kembali berangkat ke Kuala Lumpur,meninggalkan bumi Taman Negara yg panas lagi gersang ni...

Ahad, 9 Mei 2010

MAJLIS TAUTAN KASIH FARIS & NADIA

1 Mei minggu lepas,menyaksikan berlangsungnya majlis bertandang menantu pertama Cikgu Faezah.Alhamdulillah majlis yg dirancang lebih dari 2 bulan berjalan dengan lancar,walau ada beberapa kekurangan,majlis tetap meriah memandangkan ini adalah kenduri kali pertama menyambut menantu dalam keluarga Cikgu Osman & Cikgu Faezah.

Dewan Al-Farabi,Di Kompleks Pendidikan Negeri Kedah menjadi venue majlis,memandangkan Cikgu Faezah pada masa sekarang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri.Dewan ini hanya diguna utk majlis2 rasmi Jabatan Pendidikan dan tidak disewa utk sebarang majlis kenduri kawin....kiranya special kawtim la nih....hehehe

Tepat pukul 1.30 tengahari,pengantin sampai di dewan.Paluan kompang dengan meriahnya dipalu oleh kumpulan kompang dari IPDA,Jitra.

Faris & Nadia melangkah masuk ke dewan.Busana pengantin disewa di City Plaza,lupa la pulak nama kedai tuh.Baju pengantin nih,aku dgn Cikgu Faezah yg pilihkan,memandangkan design baju pengantin perempuan tak la begitu sarat.Harga sewa pun special,tuh yg kira jadik ambil tuh.Make-up pengantin by Nurlea.Sementara tunggu Nadia habis make up,aku sempat la iron baju diorang dulu,then pakaikan sampin utk Faris.

Sejurus pengantin masuk ke dewan,acara makan beradab pun bermula.Seleranya tgk lauk pengantin!!!Sakitnya hati,sebab aku kene jadik tukang serve pengantin...hehehehe

Sementara nak tunggu diaorang semua habis makan,dan sementara aku nak serve dessert utk main table,aku naik ke atas tingkat atas dewan utk snappy2 view kat bawah.Huahhhhhhhhhh,tak cukup lighting la camera aku nih!!!!Backdrop pentas tuh aku siapkan the day before the wedding.Nasib baik Fahmi & Fauzan tolong,kalau tak lagik naik kematu tangan aku buat semua tu.

Majlis diakhiri dgn acara potong kek.Tapi masa tuh aku takder,balik hantar mimi balik umah.Then aku balik semula ke dewan utk acara kemas mengemas.Selesai kemas dewan jam 10 malam.Post morterm of the day,Cikgu Faezah kesedihan sebab kehilangan RM500,hadiah pemberian kawan baiknya.So morale of the story....never left your handbag alone,even left it with family & relatives!!!Jgn sedih2 yer cikgu,dah bukan rezeki,ada hikmahnya....

Jumaat, 30 April 2010

NEW BABY

Last week,ketika aku berada di KL,terdetik dihati aku utk call kawan baik aku semasa di U dulu,Suhaili atau lebih dikenali sebagai Cik Li.Diam tak diam,dah 5 tahun aku tak berjumpa dengan dia,so aku pun bercadang utk pergi menziarahi dia selepas aku pulang dari urusan kerja aku di Taman Negara,Pahang.Entry pegi Taman Negara,aku delay la dulu yer....

Memperkenalkan,Haddy Haikal,anak kedua Cik Li.

Cik Li Cakap,baby dia kali nih tersangat la baik dan tak byk buat perangai.Katanya lagi,ini kali kedua dia deliver cara caesarean,so peluang utk dapat baby lagik hanya tinggal sekali jer lagik la.

Ini anak sulung Cik Li,namanya Sofea,mula2 tersangat lah malu dgn aku,lepas sejam asyik tenung muka aku,baru la dah tak malu dgn aku lagik.Maybe dia ingat aku mat bangla mai kutip hutang karpet kot?????

Khamis, 15 April 2010

SEMERAH DELIMA

Delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Buah Delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba.

Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. Delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada bulan September sehingga Februari.Manakala di Hemisfera Selatan, musim berbuahnya adalah dari bulan Mac sehingga Mei.

Itu lah serba sedikit fakta pasal buah delima.Bukannya apa,beberapa hari lepas aku dapat sebijik buah delima dari Mesir.Buah tangan dari kakak angkat aku yg kini menetap di sana.

Buah delima mesir nih besar jugak,compare to our local delima.

Biji dia pun besar-besar,merah,manis lak tuh.

Fakta - Didalam Al-Quran menyebut,delima adalah antara tumbuhan yg ada di syurga dan ianya adalah salah satu ciptaan terbaik Allah S.W.T.

Ahad, 11 April 2010

MY LITTLE CROCS

Frankly speaks....dulu aku mmg tak suka kasut pattern ni.Tengok mcm ntah apa2!!!But in 2008,time aku ke singapore,lupa nak bawak sandle,aku ada la pinjam kat my friend this little crocs,after dah pakai,baru tau mmg selesa...

So after a year,baru aku dapat memiliki sepasang kasut buaya nih....hehehe.Cantek tak????

Hitam itu menawan...Shoes buttons tuh aku beli kat singapore,Last january time visit my friend over there.

Wah....Yg nih not mine ok!!!Siap ada shoes button mermaid lagik!!!Konsep safari,cintakan binatang buas katanya!!!Mati la idup ko fruz!!!.But it is one of inspirations to have this little crocs.