Khamis, 31 Disember 2009

HAPPY NEW YEAR!

HAPPY NEW YEAR
ALL BLOGGERS.....

HARAP TAHUN NIH LEBIH BAIK HENDAKNYA.....

Isnin, 28 Disember 2009

WANDY & PINA WEDDING - EDISI KENDURI PIHAK PEREMPUAN

5 Disember lepas,telah selamat berlangsungnya majlis kenduri kawin adik perempuan aku...pina.Majlis bertemakan 'Shades of Purple" telah dirancang sejak bulan Jun lagi.Kat sini aku nak kongsi serba sedikit pasal majlis ni.


Pelamin - Disewa khas dari G-Glamour Bridal,flower arrangement digubah oleh aku sendiri.Rangka pelamin di pasang 3 hari sebelum majlis kenduri lagi dan flower arrangement digubah pada malam kenduri.

Bilik Tidur Pengantin - Adik aku nih awal2 dah cakap nak bilik yg nampak simple & grand.Nak ada kelambu bagai,So aku nih buat la special utk dia...Flower arrangement tuh,bapak berat...


Dalam pukul 11 pagi,Mak Andam Terlampau pun sampai utk make-up adik aku...Sapa lagik kalau bukan Nurlea. Lambat datang umah aku nih.....katanya tunggu Watson buka,nak beli liquid foundation!hehehehe


Pukul 12.30 tengahari,Pina siap didandan oleh Nurlea.Baju dari Mahfuzah Bridal Gallery.Hand bouquet by me.


Sewaktu Nurlea sibuk berhempas pulas nak "tenyeh" muka adik aku,kat ruang tamu,group marhabban wanita sedang marhabban.Memandangkan adik aku perempuan,kali nih mak aku undang group marhabban perempuan la jugak,9 org semuanya.


Meja Makan Beradab - Terima kasih Paksu,Bang Det,Nash & Rang(mai menempek saja) sebab tolong buatkan meja n back drop tu....mmg dah tak sempat nak buat sorang2,tak terdaya.


Tuan Rumah - Abg aku sulung aku(berkain sampin hitam)lah jadi kepala rumah sekarang,since ayah aku meninggal.Tetamu dah mula ramai time nih.


Rombongan pengantin lelaki tiba pada jam 2 petang.Rombongan pihak lelaki membawa 9 dulang hantaran,bertemakan kuning diraja.



Pengantin perempuan menyambut kedatangan pengantin lelaki,diiringi oleh ahli keluarga pihak kami.


Rombongan diarak menghala masuk ke rumah utk acara bersanding.


Mempelai sedang bersanding,time nih ruang rumah mmg padat dgn ahli keluarga kedua-dua belah pihak.Aku just snappy2 gitu jer...crowded sgt.


Mak aku memulakan acara merenjis pengantin.Mak aku nampak pucat sikit,sebab tak cukup tido.


Makan beradab - Waktu nih aku sibuk melayan tetamu,kawan2 aku.....so pengantin pandai2 sendiri nak nak mencekik kan????


Dah kenyang....mcm biasa lah...sesi pose2 cantik....kat dalam bilik berguling bagai la jawabnya...hehehe


Sesungguhnya kat kawasan rumah aku banyak pokok2,antaranya gantungan pokok orkid kat belakang tuh....dalam gambar nampak nice!


This is my BIG FAMILY!!!!Adik ipar aku nih merupakan menantu lelaki sulung dalam keluarga....insyaallah tahun depan ada kenduri lagi kot?


Last but not least,time pose2 outdoor.....sesungguhnya Bandaraya Alor Star cantik dalam gambar!

Khamis, 24 Disember 2009

MAJLIS AKAD NIKAH INTAN SYAFINAR

Jumaat,4 disember 2009,telah selamat berlangsungnya majlis akad nikah adik perempuan aku,Intan Syafinar Zainol Abidin di Masjid Al Ihsan,Alor Star.Majlis serba ringkas jer...memandangkan arwah ayah aku belum lagi cukup sebulan meninggal,buat ala kadar jer...Jom kita tgk serba sikit corat-coret majlis tu.

Jam 2.30 petang - Bakal pengantin disolek oleh Nurlea.Aku dah bincang awal2,tak mo make-up over2 sgt....just nampak natural,pinkish berry look.


4 petang - Bakal pengantin siap didandan.Baju akad oleh G-Glamour Bridal,imported material from Bandung,Indonesia.Hand Bouquet by me,purple stoking flower and crystal flower.Memandangkan adik aku ada masalah kesihatan,terpaksa la dok luar masjid jer...hehehe


5.15 Petang - Majlis akad bermula,dimulakan dgn abg sulung aku,Mohd.Nizal mewakilkan kepada iman masjid untuk menikahkan adik aku.


5.20 petang - Tuan Imam,Uztaz Ghani menikahkan Mohd Azuandie dgn Intan Syafinar....Alhamdulillah,sekali lafaz saja.


Hantaran - Rombongan lelaki membawa 3 dulang hantaran berwarna silver berupa,MYR 8000.00 - Wang belanja,MYR 1917.00 - Mas Kahwin dan bekas cincin - 2 bentuk cincin.Sebentuk cincin berlian utk pengantin & sebentuk cincin belah rotan utk kakak pengantin,Intan Salwa(berbaju hitam)dah langkah bendul da.....


6 petang - Majlis akad nikah selesai,rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan.Diadakan majlis makan walimatulurus serba ringkas.


Posing - Pengantin bergambar kenang-kenangan sebelum acara membatal air sembahyang.


Batal Air Sembahyang - Wandy menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manis Pina.


Berbalas cincin - Pina menyarungkan sebentuk cincin Perak tertatah batu nilam ungu kepada Wandy.


Wang Mahar - Wandy menyerahkan Mas kawin kepada Pina.


Merpati 2 sejoli - Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat,kalau arwah ayah ada pasti majlis meriah.

Selasa, 22 Disember 2009

SIBUK

WAHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!

SIBUK BUAT ITU INI.....
SAMPAI BERSAWANG BLOG AKU NIH.....
TAPI TAK APA.....
PAS TEAM HOUSEKEEPING NIH BERSIHKAN ALL OF SAWANGS DALAM BLOG NIH....
ANDA AKAN DISAJIKAN DGN ENTRY2 MENARIK....



TUNGGUUUUUU........

Rabu, 9 Disember 2009

LUPA

Salam blogger....

Dalam dok kalut-kalut.....sibuk-sibuk buat preparation wedding adik aku...

Sampai aku terlupa 1st Anniversary blog aku....

Sehinggalah malam 2nd Dec,dah aku dalam kelanbu dah nak lelap mata,baru aku teringat...

Terus aku SMS...org yang bertanggungjawab pencetus idea2 utk berblogging...NURLEA.

Thanks 4 tha lovely anniversary banner

Selasa, 10 November 2009

PERGI

Bila malaikat maut datang menjemput

Terputuslah amalan anak adam

Tecuali ilmu bermaanfaat,sedekah jariah & doa anak yg soleh



AL - FATIHAH

Buat ayahanda tercinta

ZAINOL ABIDIN BIN MATT

1 NOVEMBER 1942 - 8 NOVEMBER 2009

Selasa, 3 November 2009

BUNGA HARI LAHIR

Lebih kurang 5 bulan lepas...
Aku dapat hadiah hari lahir dari salah sorang teman karib aku,zack...
Hadiahnya....berupa sepasu pokok orkid...
Tapi si pemberi tak tahu apa warna bunga orkid tuh...
Kebenarannya terbukti apabila pokok mula mengeluarkan bunganya....

Cattleya kuning lidah merah...cantik kan???

Cantik...tapi specis nih tak ada bau wangi.

Dah seminggu kembang...hari2 tengok tak jemu...Next year bagi lagi tau zack!

P/s:Lepas hang balik dari Laos bulan 12 nih...kita pi borong anak pokok orkid kat Johor nah!

Ahad, 25 Oktober 2009

JEALOUSY

Kenapa manusia cemburu???

Kenapa????

Kenapa???????

Kenapa??????????

Ahad, 4 Oktober 2009

Jangan Pandang Belakang



Apa yg korang tengok2 tuh???
Mana ada apa kat belakang aku tuh!

Sekadar mengingatkan diri aku nih...
Apa yg berlaku ada hikmahnya!!!Usah toleh ke belakang lagik...
Tingkatkan usaha utk memajukan diri mu Wan!

Matilah aku berMONOLOG!!!

Isnin, 28 September 2009

Jumaat, 18 September 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Assalammualaikum......

Dah hampir sebulan kita berpuasa....

Sekejap jer rasanya......

Blog pun turut berpuasa dari membuat entry.....

Di kesempatan ini.....

Chef ucapkan Selamat Hari Raya,Maaf Zahir & Batin.....

Kepada semua kekawan blog semuanya...

Atas segala jua kesalahan dan juga kesilapan sepanjang tempoh perkenalan kita di laman blog ni.....

Jemput la datang umah chef beraya....

Tak kira lah kawan jauh ker...dekat ker.....jemput la dtg yer....

Tapi duit raya tak der ler........Ngeh...ngeh..ngeh....

Ahad, 30 Ogos 2009

MERDEKA!!!


Malam nih malam merdeka...
Rasanya di Kedah tak der sambutan kot...
Tengoklah malam nanti...
Kalau tak hujan kuar la kot....

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE -52

Sabtu, 29 Ogos 2009

CUSTOM MADE

3 minggu lepas,terdetik dihati aku utk menempah baju melayu utk hari raya nanti.Warna tema tahun ni,aku dan mimi dah decide utk pakai warna pink purple.Baju mimi dah pun siap, menggunakan kain yg aku beli kira-kira 4 bulan lepas di Jalan TAR.

Pink bukanlah warna favorite aku, tapi tak salah bukan menggayakan warna lain dari biasa???

Tiap-tiap tahun aku mesti tempah dgn Uncle Chong.Paris Tailor Alor Star dah establish kira-kira 30 tahun lepas lagik.Aku mula mempah baju disini sejak umur aku 5 tahun lagik.

Selain dari baju melayu,Uncle Chong juga mengambil tempahan seluar slack dan baju kemeja,lengan pendek mahupun lengan panjang.

Kat sini juga ada kain-kain yg disediakan oleh Uncle Chong,Kalau sape-sape yg tak per masa nak gi carik kain yg sesuai…leh dtg terus sini jer…ada jual kain jugak.

Selesai ambil ukuran,Uncle Chong akan tulis resit tempahan.Tahun ni harga tempahan naik lagik,dah RM 80 berbanding last year,seingat aku RM 65 jer…..


Antara Koleksi baju yg aku tempah di Paris Tailor….Jahitan dia mmg ada quality.

Selasa, 25 Ogos 2009

ACAR BUAH BEREMPAH

Setiap kali tibanya puasa....acar buah menjadi kemestian untuk aku dan mimi utk membuatnya....kali nih...chef nak kongsi resepi mudah acar buah kering.

Bahan2 yg diperlukan....
Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Lobak Masin
Kismis
Buah Kana
Buah Prune
Kacang Tanah
Buah Ceri Merah & Kuning
Kulit Limau
Jeruk Betik
Buah Kurma
Halwa Kundur
Rempah Kari Daging & Ikan
Bijan
Cuka
Garam & Gula

Step 1 - Tumis sedikit bawang merah & putih yg dimayang halus hingga naik bau.

Step 2 - Masukkan rempah yg dicampur dgn sedikit air,tumis hingga naik bau.

Step 3 - Perisakan dgn garam & gula

Step 4 - Masukkan cuka...biarkan rempah mereneh sebentar.

Step 5 - Masukkan kesemua buah2 kering....kacau sebati.

Step 6 - Taburkan bijan yg telah digoreng...

Sedia utk disedekahkan pada kawan2....mudah bukan...selamat mencuba!