Isnin, 26 Januari 2009

SELAMAT TAHUN BARU CINA


Myspace Comments, Chinese New Year Comments at WishAFriend.com

Selamat Tahun Baru Cina and Happy holiday semua....Angpow Lai Laa.....

Jumaat, 23 Januari 2009

BERJALAN BAWAH PEDANG

Ni entry yg tertunggak,dah dekat sebulan baru nak buat entry nih....maklumla...tup2 ada org ajak pi jakarta bandung,so terdelay la entry ni umpama flight dari jakarta balik ke penang 2 hb hari tuh....hehehe entry ke jakarta pun belum buat lagik...nanti la akan dipublishkan jugak...

Berjalan bawah pedang???apa tuh.....sebenarnya ini adalah satu simbolik sempena menyambut pengantin tiba la....majlis berlangsung 28hb disember lepas,perkahwinan antara Zumairi & Hasnani.Zumairi(marie) ni kawan sepermainan di kampung ku,jiran aku la....rumah kami sebelah-menyebelah jer.Marie skg dah jadik inspector polis,dia anak bongsu anak pakcik man dgn makcik rubiah,so kenduri kali nih mmg buat besar-bersaran.Hantaran pun grand la jugak...sapa yang buat????pakcik la!hehehehe

So mari kita ikuti apa yang menarik yang berlaku di majlis kenduri marie yang lepas....

Ramai orang yang datang pada hari tuh,yang slacknye...dalam dok sibuk2,nasik dah dekat nak habis....lori yang bawak nasik kenduri tuh tayar pancit lak....terpaksa la org yg mai kenduri menunggu nasik dtg lak...

Dalam pukul 2 petang,pengantin pun sampai,so mula la acara berkawad sambut pengantin.

Rombongan mula berjalan bergerak ke depan rumah kenduri.

Rombongan pengantin juga turut diiringi oleh alhli keluarga pihak pengantin perempuan yang membawa 15 dulang hantaran.
Pengantin bersiap sedia utk upacara tabik hormat pengantin.

Pengantin berjalan di bawah pedang,sebagai simbolik ketibaan pengantin.

Setelah sampai,pengantin terus di bawa bersanding,pelamin ni katanya special design by KAY DESIGN....ok la jugak.

Lepas majlis merenjis dan bersanding...terus ke upacara potong kek...guna pedang lagik.


Ermmmmm yg nih yang best....makan la....tgk dah tak sabar nak makan...marie sabaq...takan larik ayam tuh!

Apa2pun aku doakan semoga mereka bahagia...Selamat Pengantin Baru.

Ps:/ Tq makcik Rubiah sebab bagi goodies bag pengantin yang ada macam2.Takut tgk benda2 dalam beg tuh!

Rabu, 21 Januari 2009

LATA BAYU

Pada minggu lepas,aku dgn kekawan pi mandi air terjun di Lata Bayu,Baling.Dalam short planning,jadi jugak kami ke sana.Sememangnya skg ni di Kedah musin kemarau,ada yg kata tak dak ayaq la kat air terjun tuh,ternyata ramalan mereka tidak benar belaka!!!Kita ikuti perjalan ke Air Terjun Lata Bayu,Baling.Kedah Darul Aman.

Perjalan mula pukul 10.30 pagi.Mula2 plan nak bertolak kul 9 pagi....tapi ada la hamba allah sorang tuh tidoq mati katanya!

Lebih kurang sejam,kami mula dah nampak signage ke tempat yang ditujui.

Dari simpang jalan raya besar tadi...kena masuk lak 3km ke dalam...ikut jalan kampung plak....nasib baik jalan elok...dulu jalan tah ape2!

At last sampai jugak...pakat2 kuarkan barang2 yang dibawa.


Signage peta kawasan air terjun...nak tau la lokasi mana yg sesuai nak lepak.

Hari yang cerah,view air terjun dari bawah.

Pakat dok usung makanan yang dibawa...hehehe..kesian kena naik turun tangga.

Elok sampai ja,terus pakat2 buka bekal.Tuh diah!,pengacara jalan2 cari makan yang baru!

Spagetti & Fettucinni Bolognaise ni aku masak khas utk trip ni....

Raja makan 2009,org snappy pun dah tak pedulik dah no!

Habis makan,kita mandi la...berendam,buat apa yang patut.

Lupa nak shave,terpaksa la shave kat air terjun ni....hehehehe

Wow!2 kawan baik sedang mandi manda ni....

Org sibuk mandi...abg det sibuk sms lak yer....

Had ni mandi pesyen apa ni????

Tetap nak interframe jugak kan!

Dah habish mandi manda,buat salon la...spa Q la...pakat2 balik la...hari dah petang.

Khamis, 15 Januari 2009

TAG BY APEK



Siapa tag aku???
guapunyahal.....tq Apek for the info!

Aktiviti yang aku suka buat dan juger hobby masa terluang....bukan sesajer buat,dah suka,so i did it my way.....

1. Memasak

2.Menjahit

3.Pokok Orkid

4.Tengok DVD

5.Buat blog

6.Travelling

7.Makan

8.Sex

9.Lepak kat Kenari

10.Tido



Award Tag ini juga harus disampaikan kepada...

1.Rania

2.Ginger

3.Fairuz

4.Y

5. Husz

Isnin, 12 Januari 2009

JELAPANG PADI NEGERIKU

20 disember lepas,temanku dari Johor Bahru telahpun bertandang ke Kedah.Sajer jalan2 cuti2 malaysia,lagi pun masa tu kan cuti sekolah,so waktu ni lah nak jalan2 pun.Aku ni,mati kutu la nak bawak dia kemana,ye la sebagai penduduk tetap di kedah,memang la kita dah biasa dgn semua tempat,lain la orang luar yang datang bercuti kan????

So,Shah teringin sangat nak jejalan kat sawah padi...nak turun bendang katanya!!!Kebetulan disini skg waktu timur(kemarau)so angin boleh tahan la kuatnya...tapi dah orang datang jauh2,takan kita nak hampakan dia.So petang tuh aku bawak la dia ke bendang,area HUTAN KAMPUNG.So bila sampai jer kat bendang,nampak la ada orang dok menjala ikan.....

Seronok tengok jala terbang.

Dalam 10 minit dok tengok abg tuh dok menjala ikan,banyak la jugak yang dia dapat...ikan haruan dgn ikan puyu.Kami sambung lagik ronda2 atas jalan batas ban sampai ke tengah2 bendang.Si shah dah over excited bila sampai,snappy2 gambaq dgn dok belek2 pokok padi.

Luaskan bendang ni???

Petang tuh mmg ramai orang dok memancing kat tali air disini.Tak kira tua,muda....mcm pesta plak disini...kami pun sama naik jadik penonton,sapa dapat ikan besaq....

Shah dgn aku dok tgk orang mengail ikan.

Dalam dok asyik tengok orang dok memancing....ada la sorang kakak ni,tak menang tangan dapat ikan,letak kail mesti dapat....suka tengaok kakak ni memancing...

Dapat ikan haruan yer???

Padi kat kawasan ni dah mula nak masak.Sekarang ni mungkin depa dah mengerat(tuai) la kot.Kekadang,aku teringat kat kampung tok aku kat Bedong,rumah keliling bendang,pagi2 mandi ayaq telaga....memang best.Skg nih rumah n tanah tok aku dah dijual,lepas tok aku meninggal,sayangkan....dah aku tak dak kampung nak balik dah...

Syok jugak ambik gambaq dgn pokok padi.

Lebih kurang 2 jam aku dgn shah spend time kat area ni....sampai tak sedaq la hari dah masuk senja.So dalam kul 7.30,kami pun balik.Tapi kat sini matahari masih ada,walaupun dah senja.So sempat la jugak kami tengok sunset di jelapang padi sebelum balik.

Yang ni lalang nah,bukan padi occay!