Isnin, 31 Mei 2010

NAJIS!!!

Sapa kata tahi tak laku?????
Masih ada yg berguna ok!!!
Pic nih chef snap kat Johor kat area Batu Pahat.
Tapi sampai sekarang Chef was-was nak makan betik.
Sebabnya,ada sesetengah pengusaha ladang betik guna tahi babi utk suburkan pokok betik tau!!!
No wonder dah ada sign betik Halal & Non Halal.
Wallahualam.....

Jumaat, 28 Mei 2010

TAMAN NEGARA

21 April,tanpa diduga,aku telah diajak oleh seorang kawan dari Singapura utk ke Taman Negara bagi menjalankan negotiations bagi event yg bakal dia buat Jun nanti di Taman Negara Pahang.Memang aku tak pernah rasa nak pegi sana pun,memandangkan peluang dah ada depan mata,aku setuju jer.Seawal jam 9 pagi kami dah gerak menuju ke destinasi.

Perjalanan dari KL mengambil masa selama 3 jam.Sebaik tiba jer,mata aku terpukau dgn panorama sekeliling,terus aku pukul gambar nih....

Air sungai agak cetek,memandangkan time tuh tgh musin panas.

Sementara menanti kawan aku habiskan urusan kerjanya,sempatlah aku ronda2 kawasan.

Cantik kan view nih,terpegun sambil makan lunch,masak lemak ikan patin.

Kerja - kerja mendalamkan sungai,memandangkan sungai tgh kering senanglah sikit nak buat kerja kan????

Selesai lunch,dan selesailah jugak kerja kawan aku tuh,kami menyeberangi sungai ke pondok informasi Jabatan Perhutanan Pahang.

Dah terlalu lama tak naik bot mcm nih,teruja rasanya,last naik boat tahun 2000,time aku practical kat Rebak Marina Resort.

Dah alang2 atas bot,aku suruh la kawan aku tu petikkan gambar nih.

Dan jugak gambar nih...tak sempat nak cover perut!!!

Cuaca tersangat la panas,tak tahan pakcik tahan dahaga.

Kita pekena ice cream dulu.....yum...yum....

Almost 3 hours kami spent time kat sini,dah tiba masanya utk kembali berangkat ke Kuala Lumpur,meninggalkan bumi Taman Negara yg panas lagi gersang ni...

Ahad, 9 Mei 2010

MAJLIS TAUTAN KASIH FARIS & NADIA

1 Mei minggu lepas,menyaksikan berlangsungnya majlis bertandang menantu pertama Cikgu Faezah.Alhamdulillah majlis yg dirancang lebih dari 2 bulan berjalan dengan lancar,walau ada beberapa kekurangan,majlis tetap meriah memandangkan ini adalah kenduri kali pertama menyambut menantu dalam keluarga Cikgu Osman & Cikgu Faezah.

Dewan Al-Farabi,Di Kompleks Pendidikan Negeri Kedah menjadi venue majlis,memandangkan Cikgu Faezah pada masa sekarang bertugas di Jabatan Pendidikan Negeri.Dewan ini hanya diguna utk majlis2 rasmi Jabatan Pendidikan dan tidak disewa utk sebarang majlis kenduri kawin....kiranya special kawtim la nih....hehehe

Tepat pukul 1.30 tengahari,pengantin sampai di dewan.Paluan kompang dengan meriahnya dipalu oleh kumpulan kompang dari IPDA,Jitra.

Faris & Nadia melangkah masuk ke dewan.Busana pengantin disewa di City Plaza,lupa la pulak nama kedai tuh.Baju pengantin nih,aku dgn Cikgu Faezah yg pilihkan,memandangkan design baju pengantin perempuan tak la begitu sarat.Harga sewa pun special,tuh yg kira jadik ambil tuh.Make-up pengantin by Nurlea.Sementara tunggu Nadia habis make up,aku sempat la iron baju diorang dulu,then pakaikan sampin utk Faris.

Sejurus pengantin masuk ke dewan,acara makan beradab pun bermula.Seleranya tgk lauk pengantin!!!Sakitnya hati,sebab aku kene jadik tukang serve pengantin...hehehehe

Sementara nak tunggu diaorang semua habis makan,dan sementara aku nak serve dessert utk main table,aku naik ke atas tingkat atas dewan utk snappy2 view kat bawah.Huahhhhhhhhhh,tak cukup lighting la camera aku nih!!!!Backdrop pentas tuh aku siapkan the day before the wedding.Nasib baik Fahmi & Fauzan tolong,kalau tak lagik naik kematu tangan aku buat semua tu.

Majlis diakhiri dgn acara potong kek.Tapi masa tuh aku takder,balik hantar mimi balik umah.Then aku balik semula ke dewan utk acara kemas mengemas.Selesai kemas dewan jam 10 malam.Post morterm of the day,Cikgu Faezah kesedihan sebab kehilangan RM500,hadiah pemberian kawan baiknya.So morale of the story....never left your handbag alone,even left it with family & relatives!!!Jgn sedih2 yer cikgu,dah bukan rezeki,ada hikmahnya....