Khamis, 24 Disember 2009

MAJLIS AKAD NIKAH INTAN SYAFINAR

Jumaat,4 disember 2009,telah selamat berlangsungnya majlis akad nikah adik perempuan aku,Intan Syafinar Zainol Abidin di Masjid Al Ihsan,Alor Star.Majlis serba ringkas jer...memandangkan arwah ayah aku belum lagi cukup sebulan meninggal,buat ala kadar jer...Jom kita tgk serba sikit corat-coret majlis tu.

Jam 2.30 petang - Bakal pengantin disolek oleh Nurlea.Aku dah bincang awal2,tak mo make-up over2 sgt....just nampak natural,pinkish berry look.


4 petang - Bakal pengantin siap didandan.Baju akad oleh G-Glamour Bridal,imported material from Bandung,Indonesia.Hand Bouquet by me,purple stoking flower and crystal flower.Memandangkan adik aku ada masalah kesihatan,terpaksa la dok luar masjid jer...hehehe


5.15 Petang - Majlis akad bermula,dimulakan dgn abg sulung aku,Mohd.Nizal mewakilkan kepada iman masjid untuk menikahkan adik aku.


5.20 petang - Tuan Imam,Uztaz Ghani menikahkan Mohd Azuandie dgn Intan Syafinar....Alhamdulillah,sekali lafaz saja.


Hantaran - Rombongan lelaki membawa 3 dulang hantaran berwarna silver berupa,MYR 8000.00 - Wang belanja,MYR 1917.00 - Mas Kahwin dan bekas cincin - 2 bentuk cincin.Sebentuk cincin berlian utk pengantin & sebentuk cincin belah rotan utk kakak pengantin,Intan Salwa(berbaju hitam)dah langkah bendul da.....


6 petang - Majlis akad nikah selesai,rombongan pengantin lelaki tiba di rumah pengantin perempuan.Diadakan majlis makan walimatulurus serba ringkas.


Posing - Pengantin bergambar kenang-kenangan sebelum acara membatal air sembahyang.


Batal Air Sembahyang - Wandy menyarungkan sebentuk cincin berlian ke jari manis Pina.


Berbalas cincin - Pina menyarungkan sebentuk cincin Perak tertatah batu nilam ungu kepada Wandy.


Wang Mahar - Wandy menyerahkan Mas kawin kepada Pina.


Merpati 2 sejoli - Semoga bahagia sehingga ke akhir hayat,kalau arwah ayah ada pasti majlis meriah.

1 ulasan:

pal7 berkata...

chef..
semoga bahagia bagi adik chef...
chef pun sama bahagia juga..hehe