Isnin, 28 Disember 2009

WANDY & PINA WEDDING - EDISI KENDURI PIHAK PEREMPUAN

5 Disember lepas,telah selamat berlangsungnya majlis kenduri kawin adik perempuan aku...pina.Majlis bertemakan 'Shades of Purple" telah dirancang sejak bulan Jun lagi.Kat sini aku nak kongsi serba sedikit pasal majlis ni.


Pelamin - Disewa khas dari G-Glamour Bridal,flower arrangement digubah oleh aku sendiri.Rangka pelamin di pasang 3 hari sebelum majlis kenduri lagi dan flower arrangement digubah pada malam kenduri.

Bilik Tidur Pengantin - Adik aku nih awal2 dah cakap nak bilik yg nampak simple & grand.Nak ada kelambu bagai,So aku nih buat la special utk dia...Flower arrangement tuh,bapak berat...


Dalam pukul 11 pagi,Mak Andam Terlampau pun sampai utk make-up adik aku...Sapa lagik kalau bukan Nurlea. Lambat datang umah aku nih.....katanya tunggu Watson buka,nak beli liquid foundation!hehehehe


Pukul 12.30 tengahari,Pina siap didandan oleh Nurlea.Baju dari Mahfuzah Bridal Gallery.Hand bouquet by me.


Sewaktu Nurlea sibuk berhempas pulas nak "tenyeh" muka adik aku,kat ruang tamu,group marhabban wanita sedang marhabban.Memandangkan adik aku perempuan,kali nih mak aku undang group marhabban perempuan la jugak,9 org semuanya.


Meja Makan Beradab - Terima kasih Paksu,Bang Det,Nash & Rang(mai menempek saja) sebab tolong buatkan meja n back drop tu....mmg dah tak sempat nak buat sorang2,tak terdaya.


Tuan Rumah - Abg aku sulung aku(berkain sampin hitam)lah jadi kepala rumah sekarang,since ayah aku meninggal.Tetamu dah mula ramai time nih.


Rombongan pengantin lelaki tiba pada jam 2 petang.Rombongan pihak lelaki membawa 9 dulang hantaran,bertemakan kuning diraja.



Pengantin perempuan menyambut kedatangan pengantin lelaki,diiringi oleh ahli keluarga pihak kami.


Rombongan diarak menghala masuk ke rumah utk acara bersanding.


Mempelai sedang bersanding,time nih ruang rumah mmg padat dgn ahli keluarga kedua-dua belah pihak.Aku just snappy2 gitu jer...crowded sgt.


Mak aku memulakan acara merenjis pengantin.Mak aku nampak pucat sikit,sebab tak cukup tido.


Makan beradab - Waktu nih aku sibuk melayan tetamu,kawan2 aku.....so pengantin pandai2 sendiri nak nak mencekik kan????


Dah kenyang....mcm biasa lah...sesi pose2 cantik....kat dalam bilik berguling bagai la jawabnya...hehehe


Sesungguhnya kat kawasan rumah aku banyak pokok2,antaranya gantungan pokok orkid kat belakang tuh....dalam gambar nampak nice!


This is my BIG FAMILY!!!!Adik ipar aku nih merupakan menantu lelaki sulung dalam keluarga....insyaallah tahun depan ada kenduri lagi kot?


Last but not least,time pose2 outdoor.....sesungguhnya Bandaraya Alor Star cantik dalam gambar!

Tiada ulasan: