Sabtu, 29 Ogos 2009

CUSTOM MADE

3 minggu lepas,terdetik dihati aku utk menempah baju melayu utk hari raya nanti.Warna tema tahun ni,aku dan mimi dah decide utk pakai warna pink purple.Baju mimi dah pun siap, menggunakan kain yg aku beli kira-kira 4 bulan lepas di Jalan TAR.

Pink bukanlah warna favorite aku, tapi tak salah bukan menggayakan warna lain dari biasa???

Tiap-tiap tahun aku mesti tempah dgn Uncle Chong.Paris Tailor Alor Star dah establish kira-kira 30 tahun lepas lagik.Aku mula mempah baju disini sejak umur aku 5 tahun lagik.

Selain dari baju melayu,Uncle Chong juga mengambil tempahan seluar slack dan baju kemeja,lengan pendek mahupun lengan panjang.

Kat sini juga ada kain-kain yg disediakan oleh Uncle Chong,Kalau sape-sape yg tak per masa nak gi carik kain yg sesuai…leh dtg terus sini jer…ada jual kain jugak.

Selesai ambil ukuran,Uncle Chong akan tulis resit tempahan.Tahun ni harga tempahan naik lagik,dah RM 80 berbanding last year,seingat aku RM 65 jer…..


Antara Koleksi baju yg aku tempah di Paris Tailor….Jahitan dia mmg ada quality.

3 ulasan:

Benedict Bernard berkata...

wah ni buat promosi untuk uncle chong ke ;)

zara aluwi berkata...

Lepas promosi ini tentu tempah naik harga lagi...

pijankodok berkata...

hahahaha... warna pink..? hahahaah...hmm... hahaahah..