Khamis, 15 April 2010

SEMERAH DELIMA

Delima (Punica granatum) merupakan sejenis pokok renek atau pokok kecil daun luruh yang berbuah dan boleh membesar sehingga ketinggian lima hingga lapan meter. Buah Delima berasal daripada Asia Barat Daya dan telah ditanam secara semulajadi di seluruh kawasan Mediterranean dan Kausasus sejak zaman purba.

Ia ditanam secara meluas di seluruh Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan, Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki, bahagian-bahagian lebih kering di Asia Tenggara, Semenanjung Malaysia, India Timur, dan kawasan bertropika di Afrika. Delima telah dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh para peneroka Sepanyol pada tahun 1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.

Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula pada bulan September sehingga Februari.Manakala di Hemisfera Selatan, musim berbuahnya adalah dari bulan Mac sehingga Mei.

Itu lah serba sedikit fakta pasal buah delima.Bukannya apa,beberapa hari lepas aku dapat sebijik buah delima dari Mesir.Buah tangan dari kakak angkat aku yg kini menetap di sana.

Buah delima mesir nih besar jugak,compare to our local delima.

Biji dia pun besar-besar,merah,manis lak tuh.

Fakta - Didalam Al-Quran menyebut,delima adalah antara tumbuhan yg ada di syurga dan ianya adalah salah satu ciptaan terbaik Allah S.W.T.

1 ulasan:

jusdelima berkata...

SLM.INGIN MCUBA JUS DELIMA POMEPURE YG 100% ASLI.HUBUNGI 0199311274 AZIZ.http://ajih83.pomepureasia.com.10 MAKANAN TBAIK DUNIA