Rabu, 31 Disember 2008

HAPPY NEW YEAR.


Myspace Comments, New Year Comments

Selamat Tahun Baru....semoga keinginan dan juga impian anda akan terlaksana pada tahun ini...
Ikhlas dari ChefAduka@Bandung,Indonesia.

Jumaat, 19 Disember 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU LINDA

13 Disember lepas,bertempat di Bedong,Kedah,anak mak tih aku dah selamat bernikah.Kenduri kawin buat just ala kadar dengan menghimpunkan sanak saudara terdekat.Masa kenduri ni lah boleh berjumpa dgn sepupu2 aku yg ada jugak yang aku tak kenal,tapi bila dah dekat mesra la plak.

So,aku ke umah maktih aku by bike....lebih mudah dari nak saing dgn my parent,so setibanya aku kat umah maktih aku,as usual,salam dgn tuan rumah la....masuk umah pegi bilik pengantin la dulu,nak jumpa dgn my cousin tuh,tapi dia belum balik dari pegi makeup lagik.So kita snapy2 dulu la.....

Ini hantaran dari pihak pengantin perempuan...sapa yang buat tatau???


So dalam pukul 2 pihak pengantin lelaki pun sampai...mula la riuh rendah,so ramai2 la sambut pengantin.


Pengantin pun mula diarak ke pelaminan...


Yang bestnya,depan pelamin mmg dah ramai giler dgn kawan2 si linda,kawan2 international lagik,2 van pekerja kilang dari mynmar.


Hantaran dari pihak lelaki...no komen!


Yang pasti,ini la wedding of the year di Kedah,siap invite ULTRAMAN lagik...

Khamis, 18 Disember 2008

THE HUNT OF THE TIGER ORCHID



Ermmmmmmmmmmmm...headings ala-ala macam filem ANACONDA la plak!!!Anaconda 2 - The hunt of the blood orchid.Katanya,blood orchid dapat mengekalkan keremajaan dan boleh panjangkan umur.Sebenarnya entry kali nih nak cerita pasal orkid yang dikategorikan sebagai raja orkid atau pun orkid paling mahal.Orkid yang dimaksudkan adalah TIGER ORCHID.Pokok orkid tiger nih actually species orkid hutan.Dia hidup di kawasan yg bergunung ganang.Sekali pandang,kita akan ingat pokok tebu ka apa....tapi dia pokok orkid.

Pada bulan ogos lepas,aku,zack & abg det bertandang ke Wang Kelian...kaedahnya nak pi shopping.Tapi nak masuk skg nih kena pakai pasport lak,tak mcm dulu...boleh masuk on hari ahad without any dokumen perjalanan.Tapi nasib kami baik,abg det terjumpa kawan lama dia,keje imagration Wang Kelian,so dia escort kami masuk ke siam...tapi nothing yg boleh kami shopping la...sebab tujuan kami nak carik pokok orkid.Tapi masalahnya,kalau beli pun bukannya boleh bawak masuk ke malaysia.

Lebih kurang sejam kami kat pekan ahad Wang Kelian....kami pun balik.On the way balik ke Padang Besar,abg det kata"Zack!!!Berhenti,reverse kereta cepat!!!Orkid Tiger tuhhhhhhhhhhhh!!!!!"Lepas kami reverse kereta,masing2 terpegun tengok pohonan orkid tiger kat tepi jalan,hadapan rumah salah sorang penduduk di Wang Kelian tu.....perghhhh spechless n also speakless tengok pokok orkid tu wa cakap lu!!!


The giantic Tiger Orchid.I Adore it!!!

Kepada penggemar orkid....pokok ni memang istimewa.Harga nya boleh mencecah ribuan ringgit.Pokok ni jugak hanya berbunga setahun sekali saja.Dalam lawatan aku ke Singapura di penghujung bulan Ogos yang lalu,aku ke Botanic Garden.Sememangnya nawaitu aku ke sana nak sangat melawat orchid garden.Tak sangka pula dapat tengok orkid tiger lagik....tapi sayang,tak berbunga la plak.Tapi pokok orkid tuh......perghhhh...besar sekali ya!!!


Makan hati ko Zack!!!


Cak!!!Ini la description pasal Tiger orchid.

Yang pasti,orkid tiger sememangnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Kalau tak istimewa,tak der la org yang COPEK orkid tiger si Zack awal bulan ni...kesian...Tu la...aku dah pesan..kalau nak tanam pokok orkid tiger kena letak CCTV...for safety precautions!Ahaks...

Ahad, 14 Disember 2008

KUCING


Ini DAYANG...kucing yg aku sayang.


Sepanjang umur dayang,dia dah beranak beberapa kali,tapi setiap kali beranak,habis anak2 dia mimi bagi orang,tinggal yg hitam ni sekoq ja...


Ini NOIR....Aku bagi nama dia noir sebab bulu dia hitam.In French term,noir means black....actually bulu dia kaler dark brown.


Dayang dgn Noir memang rapat.Kemana saja berdua,makan berdua,tidoq berdua.Tapi skg dua-dua dah mati lebih kurang 7 bulan lepas.


Sebagai pengganti,skg aku bela MERAH.....Merah anak kepada MANJA,kucing yang dipelihara oleh raniaescova.Manja adalah anak kepada Dayang,so Merah cucu dayang,she is my 3rd generation cat.Hopefully merah akan bahagia dok dgn aku yg ganas nih....jangan sampai aku sembelih hang merah oiiii,buat kucing masak merah dah la......

MALAY TOAST

Ya....entry kali ni chef nak perkenalan menu ciptaan mimi sabariah iaitu....MALAY TOAST!!!Menu nih tak dak la kata grand sangat...nak kata ciptaan julung2 kali tak la jugak,cuma diadaptasi dari breakfast menu jer...ala mcm FRENCH TOAST tu la................

Rupa menda alah ni mcm french toast jugak,tapi dia nih,lebih garing dari biasa!!!.Kalau french toast,white bread yg di celup dgn telur dan di grill kan atas griddle,malay toast lak di celup dalam batter,adunan tepung & telur & sedikit garam.Kemudian di goreng deep fried sampai garing.

Malay toast ni disediakan dalam bentuk 4 segi....ala sekeping roti dipotong 4.Kalu french toast kalu di potong serong,bentuk segitiga,sekeping roti potong 2 plak katanya!!!.Konon bak kata orang peranchis "COOKING IS AN ART".So dengan memotong roti tu dalam bentuk rectangle memberi impak seni habis ler?????...oppsss!!!

Kelainan malay toast jugak special sebab dihidangkan bersama sos cili maggi,ala2 pedas2 manis gitu!!!ini yang buat lain sikit dari french toast dimana diservekan bersama maple syrup atau pun honey.

So merasa,kepada mereka2 had nak rasa cemana rupa malay toast ni....buat la kalau berani...hehehehe....