Isnin, 8 Jun 2009

MAJLIS PERTUNANGAN INTAN SYAFINAR

Sabtu lepas berlangsungnya majlis pertunangan adik perempuan aku,Intan Syafinar dgn Iswandy.Majlis serba ringkas,dihadiri oleh sanak saudara terdekat sahaja.Tetapi kunjungan pihak lelaki melebihi apa yg telah dirancang.Rombongan tiba dgn 8 biji kereta.Memang luar jangkaan lah,masing2 datang bertandang semata-mata mahu melihat adik aku.Disini aku sediakan halwa mata serba sedikit gambar2 majlis tersebut.

Seawal jam 11.30 pagi,adik aku di solek oleh Nurlea.Mimi tgh perhatikan sentuhan terakhir nurlea sambil membaca ayat2 suci Al-quran utk menenangkan hati pina(nama panggilan adik aku dirumah) yg berdebar menanti kedatangan rombongan meminang.


Senyum lebar selepas siap didandan,hanya menanti rombangan meminang tiba.


Inilah hantaran pertunangan bertema warna merah putih,hasil sentuhan aku sendiri.5 dulang semuanya iaitu,sirih junjung,buah-buahan,cincin perak bertatah batu delima,kek coklat dan juga coklat Fidani sponcer dari aku.


Rombongan meminang tiba dikediaman aku tepat jam 3.30 ptg.Ruang tamu sendat dgn kehadiran rombongan pihak lelaki lebih dari 40 org.Rombongan lelaki membawa 3 dulang hantaran,iaitu tepak sirih berserta sebentuk cincin,biskut manisan serta buah-buahan.Majlis telah menetapkan RM8000 sebagai wang hantaran,Mas Kahwin sebanyak RM1980,beserta sebentuk cincin,dan juga sepersalinan pakaian utk kakak bakal pengantin,kerana telah melangkah bendul.Syafinar adalah anak perempuan kedua dalam keluarga aku.Rombongan lelaki bersetuju dgn syarat2 peminangan dan majlis akad nikah akan berlangsung selepas raya puasa nanti.


Tanda Setuju - Ibu Iswandi menyarungkan cincin ke jari manis adik aku sambil disaksikan oleh kedua2 belah sanak saudara bakal mempelai.


Selesai majlis menyarung cincin,rombongan meminang dihidangkan jamuan ala buffet dikhemah yg didirikan dilaman rumah aku.Tetamu dihidangkan kueh muih,bihun goreng,laksa,sate & nasi impit serta pulut kuning.


Tanda Jadi - Mak aku menyarungkan cincin kepada Iswandy tanda menerima sebagai bakal menantu.Kesian wandy,kena tunggu dalam kereta sampai org panggil.Kalau nak ikutkan si wandy tak payah la datang,baru nak bertunang la!


Big Famili - ini lah adik2 aku,ada sorang tak nampak,nyorok belakang kakak dia yg pakai baju pink sebab malu nak ambil gambar.Abg aku yg sulung balik umah mertua dia sebab ada kenduri kawin adik ipar dia pada hari yg sama.Abg aku yg no 2 tak dapat balik sebab tak dapat cuti.


Sebagai abg,aku nak yg terbaik utk adik2 aku,walaupun kami tak tinggal sebumbung,aku tetap sayang kat diaorng semua.

14 ulasan:

pal7 berkata...

tahniah pd adik chef..
ade adik pom lagi x?..hehe


*chef bila plak?..haha

Rania Escova berkata...

Pina mmg kaki pose..
bakal mak mertua tgh boh cincin pun tetap pose2 gitu.. har3..
laksa sedap, satay lazat, anggur and biskut hantaran tidak dilupa..

fruzabdullah berkata...

so... abg nyer bila laie..

takkan nak tunggu cukup 40 kot...

Nurlea Laurielle berkata...

Kusss semangats. Mujur dalam entry elok. (mati la "30" je leyyy??? Mana bapok-tua-make-up-artis-profesional tu??? Kalu dia brani, cakap terang2an ley!!!) Matilamak!

Nurlea Laurielle berkata...

PS: I suke ayat penutup entry you tu. I pun sama. Walaupun I bukan adek bradek yiew, I tetap sayang kat abang yiew yang taste itiew - matilamak!

Chef Aduka berkata...

Pal7 - Abg ada lagik 3 adik perempuan yg still available.Abg bila lagik???tguu la,ada rezeki akan di khabarkan...

Chef Aduka berkata...

Rania - Tgk la sapa yg ajaq!

Chef Aduka berkata...

Fairuz - Tgu fairuz kawen dulu la...hahaha

Chef Aduka berkata...

Nurlea - Make up u buat tu elok lah!!!Yg dok roplah takut tak elok pasai apa???U taste kat abg i???Nak kena tenyeh dgn kak ipaq aku ka???

Rush Murad berkata...

tahniah ekkkk to ur sister... pandai mengubah hantaran chef kita ni... multi-skilling... lea laurielle ker yg menyolek tu? cantik!

Unknown berkata...

She looks radiant and beautiful.... congrats to her and semoga bahagia dan kekal ke anak cucu :)

Chef Aduka berkata...

Bro Rush - Tq very much...boleh la sikit2 dari nak buang duit upah org,baik buat sendiri.Yer lealaurielle yg solek...cemana tak cantik,sebelum ni my sis terpaksa jadik guinea pig,bahan uji kaji lea menganalisis cemana nak bentuk kening dari di cukur...hehehehe

Lee Uk - Tq lee.

peridot sepi berkata...

hidup memang tak seindah mimpi, tapi mimpi itu memberi pergertian pada hidup...

zara aluwi berkata...

Maaf tumpang lalu... mak cik mengganggu ajer ni...

Salam perkenalan. Makcik mencari cerita pasal Orkid Tiger. Seronok baca n3 kamu.

Oh ya, agaknya sekarang memang dah pesen lelaki dtg skali bila bertunang kot... dah ramai gak tengok buat cam tu... dolu-dolu tak tak der...

Masa berubah. Makcik doakan mereka berkekalan dan dapat disatukan dengan segera. Amin.