Ahad, 7 Jun 2009

AKAD NIKAH

Akad nikah (dari bahasa Arab 'aqd = عقد) atau ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.

Rukun nikah
Wali, biasanya bapa atau datuk pengantin perempuan
Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Dua saksi lelaki
Akad nikah

Syarat ijab
Pernikahan nikah hendaklah tepat
Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
Diucapkan oleh wali atau wakilnya
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah
Tidak secara taklik

Syarat qabul
Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
Tiada perkataan sindiran
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah
Tidak secara taklik
Menyebut nama bakal isteri
Tidak diselangi dengan perkataan lain.

Kali ni chef bercerita pasal akad nikah bukannya apa,nak citer pasal majlis akad nikah kawan baik chef pada hari rabu minggu lepas,Wan Sohaimi dgn Shidah yang berlangsung di Masjid Hutan Kampung,Alor Star,Kedah.Mari kita lihat rentetan serba sedikit apa yg berlaku pada hari pernikahan Wan Sohaimi atau lebih mesra dgn panggilan Wan Choq...dulu2 zaman sekolah dia suka sgt makan cucur.hehehehe

Majlis akad nikah bermula selepas solat asar.Pada hari tu kawan chef tu tak keseorangan rupanya,ada 2 lagi pasangan pengantin yg akad nikah juga.Wan Choq yg pakai baju melayu putih tu yer...


Majlis dimulakan pada jam 5.30 ptg.Pasangan pertama akad nikah adalah adik kepada kakak ipar chef sendiri.Wan choq kelihatan sgt gubra dan panic melihat pasangan ke 2 tgh akad nikah...tergelak2 chef tgk muka cuak dia.


Inilah bakal isteri kawan chef tuh,cikgu shidah.


Saat kritikal,pak imam tgh investigate dgn buat last checking,comfirmation nama bakal pengantin,cuak gila muka si Wan.


Acara akad bermula,bapa pengantin perempuan sendiri yang mengakad nikahkan Wan.Rilex la Wan,pak mertua sendiri la...buat apa nak gubra!


LEGA!Dah selesai majlis akad nikah,pak imam membaca doa selamat dan dah tak nampak gubra di wajah ke tiga-tiga pengantin.


Wah lancarnya baca taklik,nampak macam pembaca berita la pulak!


Acara sign sijil nikah,tak per la wan...hang pun dok biasa dah dok sign buku kerja sekolah hari2 kat anak2 murid hang...kanka!!!


Baru la nak senyum!Tadi tak pandang muka aku langsung,bukan main bapak gabra tadi.

"Cik sign di sini yer!!!"Itu lah agaknya pak iman cakap dgn wife si Wan.


Sejurus majlis selesai,Wan Sembahyang sunat 2 ra'kaat,tanda mensyukuri majlis akad dah selesai,selamat sudah.Waktu ni aku rasa terharu sgt,sebak pun ada bila tgk wan...tatau pasai apa?


Pasangan pengantin tiba di rumah pengantin perempuan utk acara membatal air sembahyang.


Senyum lebar nampak shidah???Dapat cincin barlian la katakan!hehehehe


Majlis kenduri kawin di rumah pengantin lelaki yg berlangsung pada 6 june 2009.Dikesempatan ini aku nak ucapakan Selamat Pengantin Baru kepada Wan Sohaimi & Nurshidah,Semoga berkekalan,aman bahagia hingga ke akhir hayat.

3 ulasan:

pal7 berkata...

chef bila nak kawen plak?..haha

Nurlea Laurielle berkata...

kawan baik u ols bukan gerry garra garra garru ke? OPS!

PS: Shida ni ke, i ingat kan kak sheedahpuks! OPS!

D'Rimba berkata...

Memang musim kahwinpun la ni.Huhuhu.....Mari sama-sama kita berkahwin.