Ahad, 1 Mac 2009

KEPULANGAN YANG TERINDAH

Dahulu pernah aku
Membenci pada hidup ini
Menyalahkan semua kerna
Sejarah lalu ku yang amat memilukan

Perpisahan yang terjadi
Amat payah untuk diterima
Betapa aku menghanyut
Terumbang ambing di lautan keliru

Namun setelah ku redha
Suratan takdir dari Nya
Kasih yang pergi menjelma semula
Aku bagaikan bermimpi
Di saat dikau kembali
Air mata syukur mengalir di pipi

Di hati masih tertanya
Akan kekalkah bahagia
Namun ku harus percaya
Ini adalah hikmah sebenarnya

Di hening pagi nan indah
Kita kembali bertemu
Kepulangan yang tak pernah ku sangka
Biarpun menggunung dendam
Sekian lama terpendam
Semuanya kini terpadam sudah

Ku sambut dia
Sepenuh cinta
Kerana aku tahu
Semua ini
Rahsia Illahi….

Tiada ulasan: