Rabu, 17 Jun 2009

KEMBAR

Kembar merupakan kelahiran berganda apabila ibunya melahirkan dua anak daripada kandungan yang sama.
Pasangan kembar boleh berjantina sama atau berlainan.
Kelahiran berganda yang lebih dari dua disebut kembar tiga, kembar empat dan seterusnya.
Kembar manusia merupakan dua individu yang berkongsi uterus pada masa yang sama, dan selalunya lahir berturut-turut dalam jangka masa yang dekat.
Disebabkan saiz rahim ibu yang terhad, ibu kembar jarang mengandung sehingga tempoh penuh 40 minggu, dengan tempoh purata kembar dua cuma 37 minggu.
Disebabkan kelahiran pramasa boleh memberikan kesan kepada kesihatan bayi, kelahiran kembar sentiasa diawasi dengan langkah beringat-ingat.

Aku ada kembar ker???Hahaha....biarlah rahsia!

Isnin, 15 Jun 2009

GOOD BYE 28


HARI NI GENAP LA 29 TAHUN AKU BERADA DIATAS MUKA BUMI NI.
PERJALANAN HIDUP AKU MAKIN MENCABAR.
NAMUN HIDUP YG DIBERIKAN INI AKAN AKU GUNAKAN SEBAIK MUNGKIN.
TERIMA KASIH KEPADA MIMI.
SESUNGGUHNYA PENGORBANAN MU TAK DAPAT AKU BALAS!!!

DIKESEMPATAN INI,AKU NAK UCAPKAN...
HAPPY 30TH BIRTHDAY BUAT KAWANKU,NYDZAM.
HARI LAHIR KAMI JATUH PADA HARI YG SAMA...
CUMA TAHUN YG BERBEZA......HEHEHE
HADIAH BIRTHDAY AKU YG HAD 2 TAHUN LEPAS MANA WEI???

Sabtu, 13 Jun 2009

ADVANCE BIRTHDAY PRESENT

BULAN LEPAS,AKU DAPAT 1 PARCEL YG TAK DIDUGA
AWAL2 PAGI LAGIK,MIMI AKU TERJERIT-JERIT...
"WAN!!!APA BENDA NI???BOM KOT???!!!MAI TGK CEPAT!"
AKU DENGAN SEGERA BANGUN,MELURU KE DAPUR...
"BUKAN BOM LA MI,ADA KIRIMAN BUNGKUSAN"JAWAB AKU.


OH MY GOD!!!PARCEL DARI GREAT BRITAIN!!!


BAPAK MAHAL KOS PENGHANTARAN!!!ALMOST MYR 70!!!


KAT BELAKANG DECLARE COLOGNE,APA KEBENDE NI???


BILA AKU BUKA PARCEL TU,KELU LIDAH APA BILA KULIHAT KOTAK YG BERTULIS....MICHEAL KORS FOR MEN!!!TAK SEMENA-MENA AIR MATA AKU BERLINANG!


TERIMA KASIH KEPADA MY DEAR FRIEND"MR.X" FOR UR ADVANCE BIRTHDAY PRESENT!!!TAK SANGKA YOU BACA MY ENTRY "NAK CARI KAT MANA TATAW???!!!!".MEMANG I DOK CARIK PARFUM NI PUN!TQ ONCE AGAIN!

Isnin, 8 Jun 2009

MAJLIS PERTUNANGAN INTAN SYAFINAR

Sabtu lepas berlangsungnya majlis pertunangan adik perempuan aku,Intan Syafinar dgn Iswandy.Majlis serba ringkas,dihadiri oleh sanak saudara terdekat sahaja.Tetapi kunjungan pihak lelaki melebihi apa yg telah dirancang.Rombongan tiba dgn 8 biji kereta.Memang luar jangkaan lah,masing2 datang bertandang semata-mata mahu melihat adik aku.Disini aku sediakan halwa mata serba sedikit gambar2 majlis tersebut.

Seawal jam 11.30 pagi,adik aku di solek oleh Nurlea.Mimi tgh perhatikan sentuhan terakhir nurlea sambil membaca ayat2 suci Al-quran utk menenangkan hati pina(nama panggilan adik aku dirumah) yg berdebar menanti kedatangan rombongan meminang.


Senyum lebar selepas siap didandan,hanya menanti rombangan meminang tiba.


Inilah hantaran pertunangan bertema warna merah putih,hasil sentuhan aku sendiri.5 dulang semuanya iaitu,sirih junjung,buah-buahan,cincin perak bertatah batu delima,kek coklat dan juga coklat Fidani sponcer dari aku.


Rombongan meminang tiba dikediaman aku tepat jam 3.30 ptg.Ruang tamu sendat dgn kehadiran rombongan pihak lelaki lebih dari 40 org.Rombongan lelaki membawa 3 dulang hantaran,iaitu tepak sirih berserta sebentuk cincin,biskut manisan serta buah-buahan.Majlis telah menetapkan RM8000 sebagai wang hantaran,Mas Kahwin sebanyak RM1980,beserta sebentuk cincin,dan juga sepersalinan pakaian utk kakak bakal pengantin,kerana telah melangkah bendul.Syafinar adalah anak perempuan kedua dalam keluarga aku.Rombongan lelaki bersetuju dgn syarat2 peminangan dan majlis akad nikah akan berlangsung selepas raya puasa nanti.


Tanda Setuju - Ibu Iswandi menyarungkan cincin ke jari manis adik aku sambil disaksikan oleh kedua2 belah sanak saudara bakal mempelai.


Selesai majlis menyarung cincin,rombongan meminang dihidangkan jamuan ala buffet dikhemah yg didirikan dilaman rumah aku.Tetamu dihidangkan kueh muih,bihun goreng,laksa,sate & nasi impit serta pulut kuning.


Tanda Jadi - Mak aku menyarungkan cincin kepada Iswandy tanda menerima sebagai bakal menantu.Kesian wandy,kena tunggu dalam kereta sampai org panggil.Kalau nak ikutkan si wandy tak payah la datang,baru nak bertunang la!


Big Famili - ini lah adik2 aku,ada sorang tak nampak,nyorok belakang kakak dia yg pakai baju pink sebab malu nak ambil gambar.Abg aku yg sulung balik umah mertua dia sebab ada kenduri kawin adik ipar dia pada hari yg sama.Abg aku yg no 2 tak dapat balik sebab tak dapat cuti.


Sebagai abg,aku nak yg terbaik utk adik2 aku,walaupun kami tak tinggal sebumbung,aku tetap sayang kat diaorng semua.

Ahad, 7 Jun 2009

AKAD NIKAH

Akad nikah (dari bahasa Arab 'aqd = عقد) atau ijab qabul merupakan ikrar pernikahan. Yang dimaksud dengan akad nikah ialah ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya. Akad nikah merupakan syarat wajib dalam proses atau upacara perkahwinan menurut Islam. Akad nikah boleh dijalankan oleh wali atau diwakilkan kepada seorang jurunikah.

Rukun nikah
Wali, biasanya bapa atau datuk pengantin perempuan
Pengantin lelaki
Pengantin perempuan
Dua saksi lelaki
Akad nikah

Syarat ijab
Pernikahan nikah hendaklah tepat
Tidak boleh menggunakan perkataan sindiran
Diucapkan oleh wali atau wakilnya
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah
Tidak secara taklik

Syarat qabul
Ucapan mestilah sesuai dengan ucapan ijab
Tiada perkataan sindiran
Dilafazkan oleh bakal suami atau wakilnya (atas sebab-sebab tertentu)
Tidak diikatkan dengan tempoh waktu seperti mutaah
Tidak secara taklik
Menyebut nama bakal isteri
Tidak diselangi dengan perkataan lain.

Kali ni chef bercerita pasal akad nikah bukannya apa,nak citer pasal majlis akad nikah kawan baik chef pada hari rabu minggu lepas,Wan Sohaimi dgn Shidah yang berlangsung di Masjid Hutan Kampung,Alor Star,Kedah.Mari kita lihat rentetan serba sedikit apa yg berlaku pada hari pernikahan Wan Sohaimi atau lebih mesra dgn panggilan Wan Choq...dulu2 zaman sekolah dia suka sgt makan cucur.hehehehe

Majlis akad nikah bermula selepas solat asar.Pada hari tu kawan chef tu tak keseorangan rupanya,ada 2 lagi pasangan pengantin yg akad nikah juga.Wan Choq yg pakai baju melayu putih tu yer...


Majlis dimulakan pada jam 5.30 ptg.Pasangan pertama akad nikah adalah adik kepada kakak ipar chef sendiri.Wan choq kelihatan sgt gubra dan panic melihat pasangan ke 2 tgh akad nikah...tergelak2 chef tgk muka cuak dia.


Inilah bakal isteri kawan chef tuh,cikgu shidah.


Saat kritikal,pak imam tgh investigate dgn buat last checking,comfirmation nama bakal pengantin,cuak gila muka si Wan.


Acara akad bermula,bapa pengantin perempuan sendiri yang mengakad nikahkan Wan.Rilex la Wan,pak mertua sendiri la...buat apa nak gubra!


LEGA!Dah selesai majlis akad nikah,pak imam membaca doa selamat dan dah tak nampak gubra di wajah ke tiga-tiga pengantin.


Wah lancarnya baca taklik,nampak macam pembaca berita la pulak!


Acara sign sijil nikah,tak per la wan...hang pun dok biasa dah dok sign buku kerja sekolah hari2 kat anak2 murid hang...kanka!!!


Baru la nak senyum!Tadi tak pandang muka aku langsung,bukan main bapak gabra tadi.

"Cik sign di sini yer!!!"Itu lah agaknya pak iman cakap dgn wife si Wan.


Sejurus majlis selesai,Wan Sembahyang sunat 2 ra'kaat,tanda mensyukuri majlis akad dah selesai,selamat sudah.Waktu ni aku rasa terharu sgt,sebak pun ada bila tgk wan...tatau pasai apa?


Pasangan pengantin tiba di rumah pengantin perempuan utk acara membatal air sembahyang.


Senyum lebar nampak shidah???Dapat cincin barlian la katakan!hehehehe


Majlis kenduri kawin di rumah pengantin lelaki yg berlangsung pada 6 june 2009.Dikesempatan ini aku nak ucapakan Selamat Pengantin Baru kepada Wan Sohaimi & Nurshidah,Semoga berkekalan,aman bahagia hingga ke akhir hayat.