Ahad, 30 Ogos 2009

MERDEKA!!!


Malam nih malam merdeka...
Rasanya di Kedah tak der sambutan kot...
Tengoklah malam nanti...
Kalau tak hujan kuar la kot....

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN YG KE -52

Sabtu, 29 Ogos 2009

CUSTOM MADE

3 minggu lepas,terdetik dihati aku utk menempah baju melayu utk hari raya nanti.Warna tema tahun ni,aku dan mimi dah decide utk pakai warna pink purple.Baju mimi dah pun siap, menggunakan kain yg aku beli kira-kira 4 bulan lepas di Jalan TAR.

Pink bukanlah warna favorite aku, tapi tak salah bukan menggayakan warna lain dari biasa???

Tiap-tiap tahun aku mesti tempah dgn Uncle Chong.Paris Tailor Alor Star dah establish kira-kira 30 tahun lepas lagik.Aku mula mempah baju disini sejak umur aku 5 tahun lagik.

Selain dari baju melayu,Uncle Chong juga mengambil tempahan seluar slack dan baju kemeja,lengan pendek mahupun lengan panjang.

Kat sini juga ada kain-kain yg disediakan oleh Uncle Chong,Kalau sape-sape yg tak per masa nak gi carik kain yg sesuai…leh dtg terus sini jer…ada jual kain jugak.

Selesai ambil ukuran,Uncle Chong akan tulis resit tempahan.Tahun ni harga tempahan naik lagik,dah RM 80 berbanding last year,seingat aku RM 65 jer…..


Antara Koleksi baju yg aku tempah di Paris Tailor….Jahitan dia mmg ada quality.

Selasa, 25 Ogos 2009

ACAR BUAH BEREMPAH

Setiap kali tibanya puasa....acar buah menjadi kemestian untuk aku dan mimi utk membuatnya....kali nih...chef nak kongsi resepi mudah acar buah kering.

Bahan2 yg diperlukan....
Bawang merah
Bawang Putih
Halia
Lobak Masin
Kismis
Buah Kana
Buah Prune
Kacang Tanah
Buah Ceri Merah & Kuning
Kulit Limau
Jeruk Betik
Buah Kurma
Halwa Kundur
Rempah Kari Daging & Ikan
Bijan
Cuka
Garam & Gula

Step 1 - Tumis sedikit bawang merah & putih yg dimayang halus hingga naik bau.

Step 2 - Masukkan rempah yg dicampur dgn sedikit air,tumis hingga naik bau.

Step 3 - Perisakan dgn garam & gula

Step 4 - Masukkan cuka...biarkan rempah mereneh sebentar.

Step 5 - Masukkan kesemua buah2 kering....kacau sebati.

Step 6 - Taburkan bijan yg telah digoreng...

Sedia utk disedekahkan pada kawan2....mudah bukan...selamat mencuba!

Isnin, 24 Ogos 2009

TAG ZARA ALUWI

1. Copy award untuk diletakkan dalam blog anda.

2. Nyatakan 6 fakta menarik mengenai pemberi award ini.
i.Pendiam bila berhadapan dengan ramai.
ii.Paling tidak suka pada orang yang mungkir janji.
iii.Suka dan sayang pada kanak-kanak.
iv.Tegas dalam membuat keputusan.
v.Suka mencuba resepi kuih, biskut atau kek.
vi.Menghormati sesiapa sahaja yang memberi pandangan atau pendapat.

3. Setiap blogger mesti menyatakan 9 fakta/hobi diri sendiri.
i.Suka masak.
ii.Blogging....mesti la....utk curah perasaan.
iii.Suka pokok orkid.
iv.Shopping...kalu perlu,utk event ker...raya ker...
v.Tak suka naik roller coster.
vi.Suka travel.
vii.Tak suka cakap banyak.
viii.Green is not my fav color!
ix.Dulu2 minat kumpul setem.

4. Pilih 10 orang penerima award dan describe tentang mereka.
Malas nak pilih la.....dah tau diaorang semua malas nak jawab tag.....sajer buat yg makcik zaranya.....

Soalan-soalan tambahan:

5. Nama timangan
Kat umah mimi panggil - iswan
Kawan2 sekolah panggil - wan chef
Kawan2 diploma panggil - Anje
Kawan2 Myspace panggil - C.A

6. Anda seorang yang?
Simple & Unpredictable.

7. Insan yang teristimewa?
Mimi & Shah.

8. Lagu kesukaan?
Cinta ini - Azharina

9. Makanan kesukaan?
Masakan oleh mimi

10. Sikap yang membuat anda stress?
Tak kotakan janji

11. Warna kegemaran anda?
Biru & Merah

12. Benda mesti ada dalam beg?
Dalam Dompet kot????Kena ada Ic & lesen

13. Kali terakhir anda menangis?
Last week rasanya...sebab tempat kerja macam seeeyal!!!!

Sabtu, 22 Ogos 2009

SELAMAT BERPUASA

DIKESEMPATAN INI,AKU INGIN MENGUCAPKAN....
SELAMAT BERPUASA...
TAK CUKUP PUASA...TIDAK BERMAKNALAH HARI RAYA ANDA NANTI...

CUKUP PUASA BARU LEH PAKAI BAJU RAYA!!!