Khamis, 7 Januari 2010

WANDY & PINA WEDDING - EDISI HANTARAN PINA

Dalam satu-satu wedding tuh....hantaran adalah penyeri majlis perkahwinan tu.Bagi pihak pengantin perempuan,kami memilih tema "Shades of Purple",dgn hantaran dihiasi dgn bungaan segar.Sebagai halwa mata,aku mempersembahkan gubahan hantaran,idea dari aku sendiri...walaupun penat,bersengkang mata cucuk bunga bagai....hasilnya....saksikan sendiri....

Sirih Junjung - 2 tingkat sirih dgn bunga rose & kekwa....idea modern contem.


Baju Melayu & Sampin - Baju dari butik Gene Martino,Sampin dari Noor Arfa Butik(Arwah ayah yg pilih & beli waktu trip chef ke Kuala Terengganu tahun lepas).


Kemeja - Kemeja dari jenama Jeep.


Belt & Wallet - Pilihan dari jenama Camel Active.


Toiletries - Haruman dari jenama Aigner.


Hand Watch - Pilihan dari jenama SEIKO 8 JAPAN.


Bekas cincin - Cincin perak bertatah batu Nilam.


Bakul Mengkuang - Kat dalam tuh ada Putu Beras,Kueh Tradisi jgn dilupa.


Manisan - Cadbury Gold Chocolates.


Fruit Basket - Mix Fruit.


Halwa - Agar2 kering digubah menjadi kelopak bunga,pemberian jiran aku.


Hantaran dalam bilik pengantin.

Rabu, 6 Januari 2010

WANDY & PINA WEDDING - EDISI TETAMU

Dalam majlis kenduri,of course tetamu yg datang diraikan...
Sepanjang majlis kenduri kawin adik aku yg lepas,tetamu-tetamu yang datang antaranya:....

Wan Sohaimi - Kawan baik aku waktu sekolah menengah.

Meerul & Ayie - Kawan dari KL,tq so much travel jauh2 dtg kenduri adik aku.

Ayah & Ibu kakak ipar aku - Terima kasih pakcik & makcik sudi dtg.

Pak Teh & Pak Cik - Bapak sedara aku,adik mak aku,awal2 pagi dah datang dari Bedong.

Kaum kerabat Wandy - Ni sebahagian jer,sanak saudara adik ipar aku...ada lagi dok mencekik kat khemah lain.

Kawan2 adik perempuan aku.

Ni semua geng jahat dari Aloq Staq,terima kasih sudi mai.Tolak Meeruk & Ayie dari kl la.

Ahad, 3 Januari 2010

BACK TO SCHOLL

SELAMAT KEMBALI KE SEKOLAH....

PELAJAR-PELAJAR TINGKATKAN USAHA LAGI

GURU-GURU....KERJA JGN TENSION2 TAU

RINDU LA ZAMAN BELAJAR DULU...

BAIK WAKTU SEKOLAH ATAUPUN IPT...

REALLY MISSED IT!!!

HENSEM TAK AKU? WAKTU FORM 5....AHAKS!

Khamis, 31 Disember 2009

HAPPY NEW YEAR!

HAPPY NEW YEAR
ALL BLOGGERS.....

HARAP TAHUN NIH LEBIH BAIK HENDAKNYA.....

Isnin, 28 Disember 2009

WANDY & PINA WEDDING - EDISI KENDURI PIHAK PEREMPUAN

5 Disember lepas,telah selamat berlangsungnya majlis kenduri kawin adik perempuan aku...pina.Majlis bertemakan 'Shades of Purple" telah dirancang sejak bulan Jun lagi.Kat sini aku nak kongsi serba sedikit pasal majlis ni.


Pelamin - Disewa khas dari G-Glamour Bridal,flower arrangement digubah oleh aku sendiri.Rangka pelamin di pasang 3 hari sebelum majlis kenduri lagi dan flower arrangement digubah pada malam kenduri.

Bilik Tidur Pengantin - Adik aku nih awal2 dah cakap nak bilik yg nampak simple & grand.Nak ada kelambu bagai,So aku nih buat la special utk dia...Flower arrangement tuh,bapak berat...


Dalam pukul 11 pagi,Mak Andam Terlampau pun sampai utk make-up adik aku...Sapa lagik kalau bukan Nurlea. Lambat datang umah aku nih.....katanya tunggu Watson buka,nak beli liquid foundation!hehehehe


Pukul 12.30 tengahari,Pina siap didandan oleh Nurlea.Baju dari Mahfuzah Bridal Gallery.Hand bouquet by me.


Sewaktu Nurlea sibuk berhempas pulas nak "tenyeh" muka adik aku,kat ruang tamu,group marhabban wanita sedang marhabban.Memandangkan adik aku perempuan,kali nih mak aku undang group marhabban perempuan la jugak,9 org semuanya.


Meja Makan Beradab - Terima kasih Paksu,Bang Det,Nash & Rang(mai menempek saja) sebab tolong buatkan meja n back drop tu....mmg dah tak sempat nak buat sorang2,tak terdaya.


Tuan Rumah - Abg aku sulung aku(berkain sampin hitam)lah jadi kepala rumah sekarang,since ayah aku meninggal.Tetamu dah mula ramai time nih.


Rombongan pengantin lelaki tiba pada jam 2 petang.Rombongan pihak lelaki membawa 9 dulang hantaran,bertemakan kuning diraja.



Pengantin perempuan menyambut kedatangan pengantin lelaki,diiringi oleh ahli keluarga pihak kami.


Rombongan diarak menghala masuk ke rumah utk acara bersanding.


Mempelai sedang bersanding,time nih ruang rumah mmg padat dgn ahli keluarga kedua-dua belah pihak.Aku just snappy2 gitu jer...crowded sgt.


Mak aku memulakan acara merenjis pengantin.Mak aku nampak pucat sikit,sebab tak cukup tido.


Makan beradab - Waktu nih aku sibuk melayan tetamu,kawan2 aku.....so pengantin pandai2 sendiri nak nak mencekik kan????


Dah kenyang....mcm biasa lah...sesi pose2 cantik....kat dalam bilik berguling bagai la jawabnya...hehehe


Sesungguhnya kat kawasan rumah aku banyak pokok2,antaranya gantungan pokok orkid kat belakang tuh....dalam gambar nampak nice!


This is my BIG FAMILY!!!!Adik ipar aku nih merupakan menantu lelaki sulung dalam keluarga....insyaallah tahun depan ada kenduri lagi kot?


Last but not least,time pose2 outdoor.....sesungguhnya Bandaraya Alor Star cantik dalam gambar!