Rabu, 31 Disember 2008

HAPPY NEW YEAR.


Myspace Comments, New Year Comments

Selamat Tahun Baru....semoga keinginan dan juga impian anda akan terlaksana pada tahun ini...
Ikhlas dari ChefAduka@Bandung,Indonesia.

Jumaat, 19 Disember 2008

SELAMAT PENGANTIN BARU LINDA

13 Disember lepas,bertempat di Bedong,Kedah,anak mak tih aku dah selamat bernikah.Kenduri kawin buat just ala kadar dengan menghimpunkan sanak saudara terdekat.Masa kenduri ni lah boleh berjumpa dgn sepupu2 aku yg ada jugak yang aku tak kenal,tapi bila dah dekat mesra la plak.

So,aku ke umah maktih aku by bike....lebih mudah dari nak saing dgn my parent,so setibanya aku kat umah maktih aku,as usual,salam dgn tuan rumah la....masuk umah pegi bilik pengantin la dulu,nak jumpa dgn my cousin tuh,tapi dia belum balik dari pegi makeup lagik.So kita snapy2 dulu la.....

Ini hantaran dari pihak pengantin perempuan...sapa yang buat tatau???


So dalam pukul 2 pihak pengantin lelaki pun sampai...mula la riuh rendah,so ramai2 la sambut pengantin.


Pengantin pun mula diarak ke pelaminan...


Yang bestnya,depan pelamin mmg dah ramai giler dgn kawan2 si linda,kawan2 international lagik,2 van pekerja kilang dari mynmar.


Hantaran dari pihak lelaki...no komen!


Yang pasti,ini la wedding of the year di Kedah,siap invite ULTRAMAN lagik...

Khamis, 18 Disember 2008

THE HUNT OF THE TIGER ORCHID



Ermmmmmmmmmmmm...headings ala-ala macam filem ANACONDA la plak!!!Anaconda 2 - The hunt of the blood orchid.Katanya,blood orchid dapat mengekalkan keremajaan dan boleh panjangkan umur.Sebenarnya entry kali nih nak cerita pasal orkid yang dikategorikan sebagai raja orkid atau pun orkid paling mahal.Orkid yang dimaksudkan adalah TIGER ORCHID.Pokok orkid tiger nih actually species orkid hutan.Dia hidup di kawasan yg bergunung ganang.Sekali pandang,kita akan ingat pokok tebu ka apa....tapi dia pokok orkid.

Pada bulan ogos lepas,aku,zack & abg det bertandang ke Wang Kelian...kaedahnya nak pi shopping.Tapi nak masuk skg nih kena pakai pasport lak,tak mcm dulu...boleh masuk on hari ahad without any dokumen perjalanan.Tapi nasib kami baik,abg det terjumpa kawan lama dia,keje imagration Wang Kelian,so dia escort kami masuk ke siam...tapi nothing yg boleh kami shopping la...sebab tujuan kami nak carik pokok orkid.Tapi masalahnya,kalau beli pun bukannya boleh bawak masuk ke malaysia.

Lebih kurang sejam kami kat pekan ahad Wang Kelian....kami pun balik.On the way balik ke Padang Besar,abg det kata"Zack!!!Berhenti,reverse kereta cepat!!!Orkid Tiger tuhhhhhhhhhhhh!!!!!"Lepas kami reverse kereta,masing2 terpegun tengok pohonan orkid tiger kat tepi jalan,hadapan rumah salah sorang penduduk di Wang Kelian tu.....perghhhh spechless n also speakless tengok pokok orkid tu wa cakap lu!!!


The giantic Tiger Orchid.I Adore it!!!

Kepada penggemar orkid....pokok ni memang istimewa.Harga nya boleh mencecah ribuan ringgit.Pokok ni jugak hanya berbunga setahun sekali saja.Dalam lawatan aku ke Singapura di penghujung bulan Ogos yang lalu,aku ke Botanic Garden.Sememangnya nawaitu aku ke sana nak sangat melawat orchid garden.Tak sangka pula dapat tengok orkid tiger lagik....tapi sayang,tak berbunga la plak.Tapi pokok orkid tuh......perghhhh...besar sekali ya!!!


Makan hati ko Zack!!!


Cak!!!Ini la description pasal Tiger orchid.

Yang pasti,orkid tiger sememangnya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri.Kalau tak istimewa,tak der la org yang COPEK orkid tiger si Zack awal bulan ni...kesian...Tu la...aku dah pesan..kalau nak tanam pokok orkid tiger kena letak CCTV...for safety precautions!Ahaks...

Ahad, 14 Disember 2008

KUCING


Ini DAYANG...kucing yg aku sayang.


Sepanjang umur dayang,dia dah beranak beberapa kali,tapi setiap kali beranak,habis anak2 dia mimi bagi orang,tinggal yg hitam ni sekoq ja...


Ini NOIR....Aku bagi nama dia noir sebab bulu dia hitam.In French term,noir means black....actually bulu dia kaler dark brown.


Dayang dgn Noir memang rapat.Kemana saja berdua,makan berdua,tidoq berdua.Tapi skg dua-dua dah mati lebih kurang 7 bulan lepas.


Sebagai pengganti,skg aku bela MERAH.....Merah anak kepada MANJA,kucing yang dipelihara oleh raniaescova.Manja adalah anak kepada Dayang,so Merah cucu dayang,she is my 3rd generation cat.Hopefully merah akan bahagia dok dgn aku yg ganas nih....jangan sampai aku sembelih hang merah oiiii,buat kucing masak merah dah la......

MALAY TOAST

Ya....entry kali ni chef nak perkenalan menu ciptaan mimi sabariah iaitu....MALAY TOAST!!!Menu nih tak dak la kata grand sangat...nak kata ciptaan julung2 kali tak la jugak,cuma diadaptasi dari breakfast menu jer...ala mcm FRENCH TOAST tu la................

Rupa menda alah ni mcm french toast jugak,tapi dia nih,lebih garing dari biasa!!!.Kalau french toast,white bread yg di celup dgn telur dan di grill kan atas griddle,malay toast lak di celup dalam batter,adunan tepung & telur & sedikit garam.Kemudian di goreng deep fried sampai garing.

Malay toast ni disediakan dalam bentuk 4 segi....ala sekeping roti dipotong 4.Kalu french toast kalu di potong serong,bentuk segitiga,sekeping roti potong 2 plak katanya!!!.Konon bak kata orang peranchis "COOKING IS AN ART".So dengan memotong roti tu dalam bentuk rectangle memberi impak seni habis ler?????...oppsss!!!

Kelainan malay toast jugak special sebab dihidangkan bersama sos cili maggi,ala2 pedas2 manis gitu!!!ini yang buat lain sikit dari french toast dimana diservekan bersama maple syrup atau pun honey.

So merasa,kepada mereka2 had nak rasa cemana rupa malay toast ni....buat la kalau berani...hehehehe....

Sabtu, 13 Disember 2008

KAWIN KAWIN KAWIN!!!


Cuti sekolah nih macam2 kenduri la ada.Kenduri berkhatan,kenduri arwah,kenduri doa selamat,kenduri cukur jambul,kenduri pergi haji,kenduri doa selamat nak masuk U.Tapi banyak2 kenduri,kenduri kawin la paling meriah.Mana taknya,waktu nih la baik tuan rumah dan jugak tetamu yg bertandang sibuk nak memeriahkan kenduri kawin.

Tuan rumah biasalah,nak menyambut menantu,yg had pengantin tak sabaq nak nak bersanding lak,hehehehe.Tetamu pulak nak pi tengok pengantin la,yg makcik2 sibuk melaram sakan baju lip lap lip lap,gelang zhulian sekerat lengan la.Tak kurang jugak pi tengok kenduri habuan nak mengata!!!"pelamin kelas ker tidak???.Apa2 pun itu hak masing2 nak kata apa pun,janji bagi puas hati.

So bulan ni aku ada la beberapa jemputan kawin.Masa la ni lah ada jugak aku dapat job buat hantaran dgn buat main table,fruit carving ka,masak lauk pengantin ka.Antara Jemputan yg bakal aku hadiri...

13 Dec 2008 - Linda & Nazri - Taman Rasa Sayang,Bedong,Kedah.
23 Dec 2008 - Nasser & Lieza - Lorong Kampung Padang,Alor Star,Kedah.
28 Dec 2008 - Zumairi & Hasnani - Lorong Air Putih,Alor Star,Kedah.
28 Dec 2008 - Yusri & Fieza - Jalan Datuk Kumbar,Derga,Kedah.
29 Dec 2008 - Haryati & Aqyounie - Taman Berjaya,Alor Star,Kedah.

Insyallah entry2 yg mendatang ada la posting pasal selected kenduri2 yg aku pi nanti.Kawin,kawin la jugak,tapi jangan la sampai riak,buat kenduri besaq2 semata-mata nak tunjuk kata grand,wedding of the year la konon!!!So SELAMAT MENGAWAN!!!!Opppssss...SELAMAT BERKAHWIN.....

Selasa, 9 Disember 2008

SELAMAT BERTUNANG IRDA YUSILA

Minggu lepas aku dok la boring sorang2 kat bilik....tatau nak buat kerja apa....dalam dok belek2 phone aku teringat nak kaco ida.so aku pun msg la kat dia.
"Askum ida....dok wat per tuh,dengaq kata bz melampau-lampau???"


Dia pun jawab"Salam,tak wat papa,bz tuh saja wat2 bz".

Aku balas balik"Ok la tuh,tak balik raya ker nanti???"

Dia jawab"Balik.Wan jemput la dtg raya kedua,ida bertunang."

Aku reply"Ooo bagus la....baru tunang jer,tak pegi kot,kalau ko jemput aku dtg kenduri kawin ko,insyallah aku dtg."

So memandangkan hari ni ko dah bertunang,aku ucapkan selamat bertunang.Kenduri bulan 3 2009 kan????Merasa aku bertandang ke Kelantan nanti.Jangan lupa hantar kad jemputan.Kalau ko hantar,aku akan plan dgn charlie pegi kenduri ko.Make sure wat grand2 tau!!!!hehehehe,kalau nak wat hantaran dgn langsir,upah aku yer!!!

Aku dgn Irda waktu study dulu2 kat cafe hotel Uitm Shah Alam,tempat kami lepak2 lepas kuliah.

SELAMAT HARI RAYA QURBAN.



Assalamualaikum.....
Selamat menyambut hari raya qurban.Semoga aidiladha kali ini akan membawa sinar baru didalam hidup kita,mengenali erti sebuah pengorbanan.

Isnin, 8 Disember 2008

CCARCF COOKIES

Menjelang Aidil Adha yg bakal disambut tak lama lagik aku telah mencipta 1 resepi biskut yg mudah disediakan tanpa pening2 kepala nak pikir,janji SEDAP,MURAH & BANYAK!!!!hehehehehe.So ini lah resepinya....cCArcf Cookies.Apakah kejadahnya nama biskut tuh....hehehehe itu lah singkatan bagi CHOCOLATE CHIP,ALMOND,RAISIN & CORN FLAKES COOKIES.Nak sebut panjang sangat so diringkaskan jadilah cCArcf Cookies.

Nak resepi????SURE CAN!!!!hahaha dah macam iklan U Mobile laks.So bahan-bahannya:-
250gm Margarine
100gm Sugar
300gm Flour
1 nos egg
100gm Raisin
150gm Chocolate Chips
100gm Almond
150gm Corn Flakes
1 cap of Vanilla Essence
Chocolate Rice
Cake Cup


So inilah bahan-bahan yg diperlukan yer......


Sekarang cara-cara atau method yg perlu kita buat bagi penyediaannya adalah seperti berikut yer....

Mix margarine & sugar,beat until fluffy.



Put in egg,beat again.



Pour in Vanilla Essences.



Put in Almond.



Put in chocolate chips.



Put in raisins.



Put in flour.



Last but not least,put in corn flakes.



Mix the mixture until all ingredients blends together.



Scoop the mixture into the cake cup,decorate with chocolate rice.



Bake in the oven.180 degrees for 25 to 30 minutes.



Inilah hasilnya setelah siap dibakar.....

So selamat mencuba...biskut nih tak manis sangat tau,just nice to taste la.Kepada kawan2 selamat mencuba.....yg tak pernah masak tuh...belajaq-belajaq masuk dapoq,tak rugi la...Selamat Hari Raya Qurban.

Ahad, 7 Disember 2008

GILA-GILA

Hahaha...gila-gila...aper tuh...gila yang sakit mental ka????or perangai yang gila-gila???bukan...bukan....gila-gila ni yg had magazine tuh....Majalah gila-gila nih,setahu aku,sejak aku kecik2 lagik dah ada.Dulu masa sekolah rendah memang aku suka sgt baca,bukannya apa,syok tengok kartun dan jugak siri dalam majalah ni.2-3 hari lepas aku ternampak la majalah ni kat ALHAMDULILLAH STORE,kedai runcit 24 hours kat area rumah aku tuh....nampak cover depan macam menarik,so aku belek2 jer la,tak beli pun!!!.Dah balik rumah baru ingat..."aku nih dah lama tak baca gila-gila,silap tak beli!".

So,kebesokkan harinya aku dgn rang pi la Aloq Staq Mall nak tengok wayang,tapi filem yg had kami nak tgk dah terlepas waktu tayangan,so kami just ronda2 kat situ....sampai la dah nak balik kami singgah la kat kedai majalah kat area bawah Aloq Staq Mall tuh.
Aku tanya la dgn budak yg had jaga kedai tuh,"Gila-gila ada tak yg had baru???".
Budak tuh jawab"gila-gila???".
Aku dalam hati,"sah budak nih tak tau apa tuh gila-gila".
Si rang pulak mencelah"nih!majalah gila-gila la,tak dak atau tak tau gila-gila tu apa???".....hehehehe...carut katanya!.
Sambil tergelak2 budak tuh jawab"mmg tak tau,tak pernah tengok pun!"...aku terus cakap"tak pa lah dik...ermmm generasi baru mmg tak tau gila-gila".

Malam tu jugak aku pi balik ke ALHAMDULILLAH STORE,beli la majalah gila-gila tu....

Ni la rupa majalah gila-gila yang gila aku dok cari rata tu!!!

Keluaran kali nih pasai edisi raya qurban dan cerita2 hantu yg boleh kata tak seram sangat...ada lawak la...Tapi antara segment atau cerita yang paling aku suka baca dari dulu sampai la nih,antaranya....

Tiga Dara Pingitan


From Taiping With Love


Soal Jawab Professor Serba Tau

Hehehehe....3 segment nih mmg aku salute la....kesinambungan cerita dia...mmg aku suka sgt!Dalam Dok belek2 majalah nih,ada cerita pasai buat blog katanya!!!!!

Menulis Dengan Teknologi

Bagi mereka yg suka hasil seni,watak2 kartun dalam majalah nih mmg halus dan memerlukan penelitian dalam penghasilannya....Majalah gila-gila nih kalau dari mata kasar mmg nampak komik kartun biasa jer.Tapi kalau kita betul2 tafsir,halusi dan perincikan setiap kartun2 nih...ada msg2 tersirat seperti nasihat,sindiran dan kritikan yg boleh membina pemikiran kita.So renung-renungkanlah kata2 dibawah ni..........


Kalau ada sapa2 yg tension,sakit hati kat sapa2 ka,stress kat tempat kerja ka...beli la majalah gila2.at least bila kita baca,tengok kartun2 nih boleh la ubati sikit hati yg stress tuh...baca elok2 nah...jangan jadi gila dah la....Adios!!!

Sabtu, 6 Disember 2008

HAPPY BIRTHDAY MIMI SABARIAH!!!


Ari nih,hari ulangtahun kelahiran mimi ku,SITI SABARIAH AHMAD....dialah ibu dan dialah bapa kepada aku sejak 28 tahun yg lalu...makan,pakai aku semua diuruskan oleh dia.Mimi aku nih tegas orgnya,tapi dalam tegas2,dia tetap maintain cantek.....hehehe...Well hari nih dia genap umur 70 tahun....lahir pada 05 Disember 1938.Dalam meniti usia emas,dia masih lagik bertenaga..mana taknya,mengamalkan diet sihat dan kerap berpuasa sunat.Tahun nih jugak genap 10 tahun dia bergelar hajjah.Harapan iwan....mimi sihat sejahtera,dan semoga tahun 2009 tak lama lagik...akan membawa sihar bahagia yang mimi harap-harapkan.Insyaallah.


Happy birthday juga utk Cikgu Faezah,yg lahir pada 5 Disember jugak!!!

Selasa, 2 Disember 2008

SALAM PENGENALAN


ASSALAMUALAIKUM......
AKU IWAN.....DAH LAMA AKU NAK BUAT BLOG NIH...TAPI BANYAK LAK HAL YG KENA HANDLE...SO AT LAST...JADIK GAK BLOG AKU YG TAK SEBERAPA NIH....MEMANDANGKAN AKU NIH BUDAK BARU BELAJAR....SO BIAR LA PELAN2 AKU ABSORB PASAL NAK BUAT BLOG2 NIH...SO...TO PUBLIC VIEWER....TERIMALAH.....HIDUP TAK SEINDAH MIMPI...CACATAN HIDUP AKU.....

TQ,
IWAN@CHEFADUKA